Hai guysss!!
Pernah tak korang bercuti tanpa merancang dulu? Annis pernah, dan ia sangat-sangat teruk! Rule yang pertama, jangan dengar suggestion dari satu saja pihak (walaupun dia nampak macam tahu semua benda). Sebab Annis pernah terkena. Okay cerita dia macam ni....
Waktu tu Annis intern dekat Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak (tahun 2018). Sepanjang intern adalah juga rancang nak berjalan dekat area Perak. So Annis pun search dekat google pulau apa yang famous di Perak, and it shows Pulau Pangkor. Annis tak pernah jejakkan kaki dekat mana-mana pulau sepanjang 23 tahun hidup dekat muka bumi ni (kesian kan), so teringinlah juga nak bercuti dekat pulau yang cantik-cantik bila dah ada duit sikit. Memandangkan Pulau Pangkor tak berapa jauh dari Ipoh, Annis pun nekad nak bercuti dekat situ. 2 hari je pergi, tak lama mana pun. Annis ajak Ida (kawan sama-sama intern) untuk ikut sekali, sebab tak berani nak pergi sorang-sorang. Kalau pergi dengan kawan, tak adalah bosan sangat nanti.
2 hari sebelum pergi, Annis tanya dengan sorang student yang paling rapat dengan Annis. Katanya dia pernah pergi Pulau Pangkor. So dia tahulah serba sedikit cara nak ke sana dengan menggunakan bas. Penginapan pun dia boleh uruskan, dengan syarat dia pun ikut sekali. Annis pun setuju jelah. Bagus juga kalau ada guider ikut sekali.
Dan................hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sampai je dekat bus station Lumut kami terus cari tempat penginapan (yang dimaksudkan adik tadi). Katanya tempat penginapan tu murah, abang-abang askar selalu bermalam dekat situ. Masa ni Annis dah start suspicious tapi still husnuzon lagi. Mungkin abang-abang askar tu suka bawa family bercuti dekat situ kot (lurusnya Annissss!!). So lepas naik GrabCar, kami pun sampai dekat tempat yang dimaksudkan. Nak tahu apa pandangan pertama Annis bila sampai dekat situ? Creepyyy!!!! Bangunan dia agak besar tapi nampak suram. Sunyi je macam bukan kawasan tumpuan pelancong. Bila jalan ke dalam sikit, Annis nampak swimming pool yang tergendala. Air dia keruh yakmat dan penuh dengan semak samun. Serius Annis terkedu. No wonder adik tu kata tempat penginapan ni murah. Sigh...
Agaknya adik tu perasan muka Annis nampak hampa, dia kata bilik dekat tempat ni okay. Kalau untuk bermalam selama 1 hari tak ada masalah kot. So Annis dengan naifnya percayakan dia lagi. Lepas je Annis bayar untuk bilik (kaunter dia takyah ceritalah), Annis terus check in dekat tingkat 3 (rasanyalah). Dan sekali lagi Annis kecewa.
Bangunan ni macam apartment tau (Annis tak ingat nama tempat ni). Ingatkan bila buka pintu, kita dah boleh terus rebahkan badan dekat sofa/katil. Rupanya kita cuma bayar sewa bilik je. Nak tahu apa maksudnya? Annis terpaksa berkongsi rumah dengan stranger! Bilik je asing-asing (kami bertiga memang 1 bilik). Ya ampunnn...
Nasi dah jadi bubur kan, so Annis pasrah jelah. Nak cari hotel lain pun dah tak sempat sebab petang tu kami nak terus ke Pulau Pangkor. Feri dekat jeti bukannya ada setiap masa, nak tak nak Annis kena cepat gerak ke sana, kalau tak nanti terlepas. Nak tunggu Feri yang seterusnya akan makan masa yang lama. Lepas je Asar kami terus booking Grab, tapi hampir setengah jam tak dapat-dapat. Rupanya tak banyak yang buat Grab dekat area sini. Masa ni dah stress sangat tau. Risau je kalau kami tak sempat ke sana. Mujur tak lama lepas tu ada Grab yang sudi pick-up kami. Tapi lama jugalah dia nak sampai sebab datang dari kawasan yang jauh dari sini.
Annis & Ida
Sementara nak tunggu abang Grab tu sampai, Annis sempat bergambar dekat koridor sebelum turun ke parking basement. Haa.. korang yang nak pergi bercuti dekat area Lumut tu sila lihat warna cat dan reka bentuk balkoni ni baik-baik ya, jangan terkena macam Annis. Sayangnya Annis tak ingat nama apartment ni. Tapi apartment ni betul-betul dekat tepi jalan tau. Tak jauh sangat dengan Jeti Lumut. Rasanya orang Lumut tahu kot tentang apartment ni. Annis tak ada gambar penuh apartment ni. Nak tahu sebab apa? Kejap lagi Annis bagitahu.
Tiket feri
Ini harga tiket balik hari kot (kalau tak silap Annis lah). Anggaran masa perjalanan ke sana dalam 20 minit gitu. Sampai je dekat Jeti Pulau Pangkor, kami terus cari van berwarna pink. Katanya van tu yang akan bawa kami ke destinasi yang dituju. Ingatkan susah nak cari van warna pink, rupanya bersepah van macam ni dekat sana. Oh lupa nak cakap, dekat Pulau Pangkor ni ada banyak pantai tapi adik tu kata pantai yang paling cantik ialah Pantai Teluk Nipah. Ada yang lagi cantik tapi pantai tu dianggap pantai eksklusif. Rasanya cuma tetamu resort saja yang boleh ke sana. Cantik ke Pantai Teluk Nipah tu? Haa.. jom kita nilaikan.
Mesti korang pening kepala lepas tengok video ni kan? Hahaha
bergegar-gegar. Macam ada Parkinson pula. Tapi yang pasti macam tulah rupa
Pantai Teluk Nipah. Pemandangan pantai ni agak cantik, tapi lagi cantik kalau
orang yang datang sini tak buang sampah di merata tempat. Sampah sarap tu yang
buatkan pantainya jadi tak semengah.
Overall, tak adalah teruk sangat suasana Pantai Teluk Nipah ni. Okay je sebenarnya. Walaupun air lautnya tak sejernih laut Pulau Semporna, setidaknya nampaklah juga warna laut kehijauan tu. Cuma next time janganlah ada yang edit gambar pantai ni macam Pulau Semporna. Tertipu sis masa usha google hahaha..
Masa ni jam dah menunjukkan hampir pukul 6. Kami yang baru sampai ni baru nak terkial-kial ambil gambar, celup kaki dalam laut dan naik banana boat. Yang paling kelakar sekali, handphone Annis terkena percikan ombak dan terus mati tak hidup-hidup. Tahu dah yang handphone ni akan rosak sebab percikan air tu agak banyak.
Dah lah handphone Annis tak guna memory card, semuanya save dekat internal storage. Pastu tak logged in pula dekat google, jadi semua gambar yang Annis snap tak masuk google photo. Senang cerita, tak ada back-up. Omaigad...that was very clumsy of me. Mana yang ada ni Annis ambil dari media Whatsapp (sempatlah hantar beberapa gambar & video dekat kawan).
Haa... sekarang korang dah tahu kan kenapa gambar apartment tu tak ada. Sebenarnya Annis dah snap siap-siap rupa bangunan tu, cuma tak ada rezeki nak tunjuk dekat korang. Benda dah jadi, nak merungut pun tak guna. So berbekalkan rasa redha yang tinggi, Annis minta tolong Ida untuk tangkapkan gambar ni sebagai kenangan.
Sekian gambar tak ready dari Annis
Nampak malap je kan? Tahu tak Annis naikkan banyak brightness untuk buat gambar ni lebih terang. Asalnya gambar ni nampak gelap sebab masa tu langit dah mula mendung. Sudah jatuh ditimpa tangga, tak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebat. Terpinga-pinga kami lari cari tempat berteduh hahahaha....
Dengan baju yang basah kuyup, kami bertiga berteduh dekat gerai makan yang ada dekat pantai ni. Sambil-sambil tu kami order makanan untuk isi perut masing-masing sebab dari pagi tak makan apa-apa. Lama jugalah kami tunggu hujan berhenti, tapi makin lebat pula dia turun. Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 7 malam. Nak tak nak, kami kena berlari ke tandas untuk salin pakaian yang lebih bersih (sebab 1 badan penuh dengan pasir). Tak elok pula kalau naik van nanti dengan baju kotor macam tu.
Alhamdulillah, masa bersihkan diri tu hujan dah start berhenti perlahan-lahan. Kami pun cepat-cepat naik van untuk ke jeti semula. Dah sampai sana, kami berteduh kejap dekat surau sementara tunggu feri datang pukul 8 malam.
Bila sampai je dekat Jeti Lumut, Annis nampak ramai orang tengah tengok buskin dekat area situ. Boleh tahan meriah juga suasana malam dekat jeti ni. Kami sempat singgah kfc kejap untuk bungkus makanan sebelum balik ke bilik.
Sepanjang malam pintu bilik kami berkunci. Takut nak jenguk ke luar sebab asyik dengar suara guest lain dalam rumah ni (faham-fahamlah). Esoknya, lepas check out, kami terus ke Pantai Teluk Batik untuk sambung mandi dekat laut (maklumlah semalam tak puas mandi). Nasib malang menimpa lagi, kali ni handphone Ida pula yang rosak. Dia tak sedar handphone dia ada dalam poket masa turun ke pantai hahahaha.... No wonder lah kami rapat, sama-sama careless rupanya. Nasib baik semua gambar dalam handphone dia dah save dalam memory card (so dia bijak sikitlah dari Annis). Lepas Zohor, kami balik ke Ipoh semula dengan pengalaman yang takkan dilupakan.
Ikutkan hati, memanglah agak sedih bila percutian Annis ke Pulau Pangkor ni tak berjalan lancar. Lagi-lagi bila percutian ni ialah percutian pertama Annis pergi dengan kawan. Sebelum ni cuma pernah pergi bercuti dengan family je. Semua benda diorang yang uruskan. Annis cuma bawa badan dan pakaian je. So kali ni, Annis nak try bercuti sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa. Tapi tanpa sedar, Annis masih lagi bergantung dengan orang lain (dengan adik tulah). Baru Annis tahu yang Annis tak rancang percutian ni dengan baik. Sepatutnya Annis kena booking hotel awal-awal, kena kaji dulu tempat tu macam mana, kena tahu timing yang sesuai untuk ke pulau (bukan petang-petang baru nak pergi) dan macam-macam lagi lagilah. Tapi memandangkan benda dah jadi, so let it be. Sometimes lesson learned the hard way.
Apa-apa pun, Annis ucapkan terima kasih sebab korang sudi baca entry ni sampai habis. Sorry kalau apa yang Annis cerita ni tak berapa nak detail sebab Annis sendiri pun ingat-ingat lupa. Maklumlah, kejadian tahun lepas. Kalau ada yang terguris hati masa membaca tu Annis minta maaf. Sejujurnya, sampai sekarang Annis tak pernah cerita dekat sesiapa pun pasal hal ni. Malulah kalau orang gelakkan. Selalunya bila balik travel, orang akan dengar perkara-perkara yang menarik je. Ini tak, semuanya kucar kacir. Tapi pengalaman tetap pengalaman, takpe kot kalau Annis share serba sedikit. At least takdelah yang ikut jejak langkah Annis nanti. Kan ada je manusia yang zero knowledge pasal travel (salah seorangnya ialah owner blog ni haha). Anyway, jangan lupa tekan butang follow tau. Nanti Annis follow korang balik. ;)
No comments:
Post a Comment