Sunday, July 28, 2019

Big Bowl Ice


Hai guysss!!

Siapa dekat sini hantu dessert, angkat tangan! Haa kita geng! Hari ni Annis nak review Big Bowl Ice cawangan Kota Masai, Johor. Selalu sangat nampak iklan ais kisar ni dekat Facebook tapi baru sekarang nak cuba. Agak-agak sedap tak macam dalam gambar? Let's check it out..

Menu

Mula-mula masuk Annis ingatkan kena order dekat kaunter. Rupanya kita boleh terus duduk, sebab dia akan datang bagi menu. Masa ni Annis datang bertiga dengan adik beradik, so dia pun bagilah 3 buku menu. Bagus juga dia bagi sorang satu, tak adalah kitorang berebut belek menu haha.

Halaman ais kisar mangga

Sorang adik Annis pilih kod BB08 (yang ada icon mahkota).

Halaman ais kisar cereal

Sorang lagi adik Annis pilih kod BF92 (paling atas sekali).

Halaman ais kisar strawberry

Dan Annis pula pilih kod BB127 (tengah-tengah tu).

Semua kod yang kita pilih kena tulis dekat kertas menu yang dia bagi. Kalau nak add extra topping pun boleh tau.

Siapalah yang conteng halaman ni haha

Menarik kan? Dekat sini korang boleh add topping ikut selera korang.

Kalau korang nak makan makanan lain pun boleh. Ni antara menu yang sempat Annis snap.

Makanan berasaskan waffle

Kudap-kudapan

Untuk penggemar puding

Halaman sebelahnya

Dekat sini ada juga menu air, cuma Annis terlupa nak ambil gambar. 

Kaunter

Dah siap tulis kod yang kita nak, hantar balik kertas dan buku menu ni dekat kaunter, lepastu bayar harganya.

3 perisa berlainan

Taraa!!! Dah sampai pun dessert kami.

Campur semua perisa

Kalau korang nak tahu, diorang akan bagi korang mangkuk kecil untuk mudahkan korang makan. Sesiapa yang order lebih dari satu perisa tu, korang bolehlah mix ais kisar tu dalam 1 mangkuk. Lebih sedap tau buat macam ni sebab korang boleh rasa campuran dari pelbagai perisa.

Okay sekarang sesi merasa...

Komen : Annis dah rasa 3 perisa ni dan perisa yang paling win ialah Mango Supreme (BB08). Patutlah dia ada icon mahkota hahaha. Perisa yang Annis order tu pun sedap juga tapi strawberry dia agak masam. Annis bukanlah penggemar makanan masam. Korang yang suka masam tu bolehlah cuba.
Dari segi harga pula, agak mahal untuk rakyat marhaen macam kita ni haha. Tapi kalau nak makan sekali sekala okay kot. 

Not bad jugalah rasa Big Bowl Ice ni. Buah dia fresh-fresh. Ais kisar dia pun lembut. Makan masa tengahari memang heaven!

P/s : Caj +50 sen untuk sebarang take away.
__________

No.7, Jalan Rambai 11, Taman Kota Masai
81700 Pasir Gudang, Johor
12pm-12am (dibuka setiap hari)
017-7779777

No comments:

Post a Comment