Saturday, July 20, 2019

Dunia Pottery


Hai guysss!!

Hari ni Annis nak share dekat korang sedikit sebanyak tentang ilmu pottery. Annis belajar bidang ni masa dekat Uitm dulu. Ramai yang ingat pottery ni senang, tapi sebenarnya susah. Annis belajar 3 tahun pun masih tak berapa mahir lagi.

Umumnya orang tahu material yang selalu digunakan ialah tanah liat. Tapi diorang tak tahu teknik apa yang selalu digunakan untuk hasilkan sesuatu produk. Untuk permulaan, kita perlu tahu 3 teknik asas.

Pitching
Coiling
Slabbing

3 teknik ni agak mudah, tapi ada masa-masa tertentu tak menjadi. Kadang tanah liat tu crack dan patah. Mungkin cara kita handle tu tak berapa betul. Ni selalu terjadi dekat mana-mana newbie yang baru belajar bidang pottery. Tapi bila diorang dah mahir, semua produk diorang jadi makin gempak.


Pitching

Ni artwork pertama Annis masa belajar dulu

Teknik ni dipanggil pitching sebab kita cuma picit-picit tanah liat ikut bentuk yang kita nak. Dengar macam senang, tapi teknik ni mudah crack. Buktinya ialah gambar tu. Kalau tak nak artwork kita retak seribu, tangan kena sentiasa lembap. So rajin-rajinlah basahkan tangan masa picit. Tapi jangan terlalu basah tau. Nanti tanah liat tu makin lembik. Sifat tanah liat ni cerewet sikit. Kalau terlalu basah, akan lembik. Kalau terlalu kering, senang crack.



Coiling

Teknik coiling

Susah nak terangkan. Jadi Annis masukkan gambar terus. Dia macam korang gulingkan tanah liat tu, lepas tu buat susunan yang macam korang suka. Lagi kreatif korang buat, lagi menarik bentuknya. Teknik ni pun nampak macam senang, tapi tanah liat mudah patah dan berderai. Lagi-lagi tangan yang jenis panas. So nak elakkan artwork patah, tangan kena sentiasa lembap.

Artwork yang selalu Annis jumpa dekat bengkel (teknik coiling)

Tak ramai yang mahir gunakan teknik ni untuk hasilkan artwork. Selalu yang Annis jumpa artwork dia tak berapa kemas. Itu okay lagi. Ada yang Annis jumpa tu sumbing habis. Tapi takpe, kita belajarkan? At least kita tahu juga serba sedikit tentang teknik ni. Nak tengok teknik coiling yang cantik sikit?

*


*


*


*


*


*


*


*


*

Nah gambar dari google haha


Slabbing


Guna mesin penggelek

Teknik ni biasanya tak ada masalah sangat. Sebab kita cuma leperkan tanah liat, potong dan cantumkan ikut bentuk yang kita suka. Gam yang selalu digunakan pula jenis slip (tanah liat cair).



Slip

Nak buat slip ni senang je. Campurkan tanah liat dengan air sampai kelikatannya jadi macam gambar tu. Dalam pottery kita tak boleh guna gam biasa sebab masa bakar nanti gam tu akan mencair dan artwork kita senang tertanggal. 

Kalau tak ada mesin penggelek, guna penggelek biasa pun boleh. (Sumber google)

Pastikan tanah liat tu dilapik dengan plastik kalau nak guna penggelek kuih raya. Nanti kotor pula kayu penggelek korang tu. Nak tahu apa produk yang kita boleh buat dengan teknik ni? Cer tengok bawah..

Simple pencil case

Tileboard wall panel

Tileboard ni ialah tiles dinding yang korang selalu nampak dalam tandas tu. Cuma yang ni Annis saja buat dalam bentuk 3D.

Bila korang dah mahir 3 teknik ni, baru korang boleh proceed ke silibus yang seterusnya. Iaitu throwing.


Throwing

Tebal pula mangkuk ni haha

Haa yang ni kan korang selalu nampak dekat tv tu? Nampak seronok je tengok diorang buat pasu dan mangkuk, tapi susah yakmat untuk newbie kuasai step ni. Silap sikit, produk tu boleh rosak atau terpelanting. Patutlah masa awal-awal dulu lecturer pesan 3 benda.

Sabar

Sabar
Sabar

Rupanya bidang ni memang selalu uji kesabaran haha. Nak kuasai step ni tangan korang kena kuat dan stabil, tapi dalam masa yang sama kena handle dengan lembut. Tanah liat tu pun tak boleh throwing terlalu lama, nanti dia penat.


Nampak penat betul tu

Nota tambahan : Sebelum throwing, tanah liat kena uli dulu untuk keluarkan angin. Kalau tak nanti dia akan gelong masa berpusing. Bila dah start gelong, susah nak betulkan balik.

Dengar macam leceh kan? Tapi kalau dah mahir, korang dah takde masalah lagi nak throwing.


 Lepas je throwing, korang nak jadikan produk tu lebih kreatif pun boleh. Macam Annis, Annis suka periuk kera jenis Edwarsiana. So Annis gunakan motif tumbuhan tu pada pasu yang dah throwing.


Dari atas

Dari tepi

Lepas produk siap, kita kena tunggu beberapa hari untuk produk kering tu sepenuhnya sebelum dibakar. Kalau bakar masa produk masih basah, dia boleh meletup dan pecah. Nak tahu produk tu dah kering senang je... dia akan lebih keras, ringan, tak lembap dan warna lebih cerah.


Kiln (ketuhar seramik)

Kiln ni lebih besar dari badan kita. Boleh muatkan banyak produk (bergantung pada saiz). Suhu untuk bakar tanah liat ni pula selalunya 800 darjah celcius. Lebih panas dari api gas dekat dapur tu. So jangan sesekali main nyorok-nyorok dalam ni ya.

Okay itu jelah yang nak Annis share dekat korang. Tak banyak yang dapat dikongsikan tapi cukuplah korang tahu serba sikit tentang dunia pottery. Kalau nak rasa sendiri pengalaman buat benda ni, korang boleh singgah mana-mana studio seramik yang sediakan kelas mengajar. Nanti dekat sana diorang akan guide korang dengan lebih terperinci.



Mana yang nak mencuba tu Annis ucapkan good luck!

Harap entry ni dapat memberi manfaat pada korang tentang ilmu seni yang ada di sekeliling kita. Kalau ada tersilap bahasa, Annis minta maaf ya.

No comments:

Post a Comment